Wednesday, November 16, 2011

Ciri-ciri cerita melayu yang aku menyampah

orang cakap, kita ni kene la pertahankan cerita melayu berbanding cerita luar. itu orang yang cakap, bagi aku, x kisah pun. selagi cerita tu best, aku tengok la. 


k. antara ciri2 cerita melayu yang aku menyampah nak tengok. 


1. lembab. sabar je la kalau tengok cerita lembab tu. jalan cerita lembab nak mammm...


2. kau tengok aku, aku tengok kau. ni pun sama. dah tengok sama sendiri, ambik masa yang lama pulak tu, duk fokus muka pelakon tu, fokus muka pelakon ni, tapi sepatah pun x cakap. aduyai.


3. menjerit. aku x ingat la cerita ape yang aku tengok, die duk jerit2 sampai bilik aku dengar suara pelakon tu duk jerit. padahal volume x kuat pun. sakit telinga aku dengar. 


4. atas katil. aduyai. setiap 10 minit, tunjuk babak atas katil. balik2 duk atas katil, baring2, satu selimut 'suami isteri'. kalau suami isteri sah, x pe la jugak. kalau bab nak borak2, bincang masalah suami isteri, ape la salah nya buat kat berandar ke, meja makan ke. tu belum lagi bab peluk2. esok peluk orang lain, hari ni peluk orang lain.


5. over. ni lagi satu hal, berlakon over gila. macamane ye nak cakap. maksud over tu macam babak tu x payah nak over sangat pun, tapi berlakon bagai nak rak. eh, korang paham ke ape aku cakap? hehe


itu je la kot aku nak tulis. kalau ada lagi aku x puas hati, aku taip. haha




~chow~






kalau suke, sila like :)

3 suke taip:

aida-myasara said...

tu lum belum tgk cite nada cinta kat astro banyak shoot perlahan

sila tgk...

BeloG MTT said...

Banyak yang kena improve lagi cerita melayu tapi tak salah kita sokong industri tempatan..bagi peluang pada mereka yang berbata besar :P

Ardini Humaira said...

dni paling tak suka tengok cerita yang lebih banyak monolog dalaman macam cite indonesia hehe